SELAMAT DATANG KE BLOG HONEY SOFT ICE-CREAM

Perniagaan ais krim ini mula beroperasi pada tahun 01/04/10, melalui Rohani Baharudin Enterprise. bermula dengan kiosk ais krim di pasar malam.Berdasarkan sambutan yang hangat dan jualan ais krim yang memberangsangkan di kiosk tersebut.Honey Soft Ice Cream terus mengorak langkah dengan menyertai upacara-upacara yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta dengan jayanya.Honey Soft Ice Cream bermula dengan hanya penjual ais krim melalui kiosk tunggal, terus mengorak langkah dengan mengeluarkan ais krim sendiri, di bawah jenama Honey Soft Ice Cream.Kini, hanya dalam tempoh setahun, Honey Soft Ice Cream telah memiliki 3 kiosk boleh diubah dan 1 kiosk bergerak Alhamdullilah.

pada saat ini dan ketika ini. selangkah lagi kami kehadapan dengan menerima tempahan dan memberi sewa chocolate fountain kepada pelangan-pelanggan. semoga kehadiran ice-cream dan chocolate fountain ini dapat memeriahkan lagi majlis anda semua.

Pengikut

Jumaat, 20 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUL BULAN RAMADHAN

Di kesempatan ini, kami crew ice cream ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan. semoga tahun ini membawa keberkatan untuk kita semua. ni sedikit pantun dari kami. kredit to: tuan punya pantun

Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

selamat menyambut bulan pose. jangan ponteng-ponteng yer.
www.tips-fb.com

Tiada ulasan: