Majlis ini di adakan di Tepuh, Terengganu
meriahkan majlis di sini. bagi admin di sinilah majlis perkahwinan yang paling meriah. meriah bukan kerana acaranya. acaranya cukup simple. tetapi.... kehadiran tetamu meraikan majlis ini menunjukkan keluarga ini mementingkan ukhwah dan silaturahim. Admin amat mengkagumi keluarga ini.
memang tak menang tangan kami dibuatnya.
ha... inilah cik sue ( panggilan dari ahli keluarga. baik sangat. suka berkenalan dengan beliau)
yang lelaki bersongkok putih tu. baru tingkatan 1, tapi sangat-sangat bertanggungjawab. kat sini admin dapat tips dengan kak sue macam mana nak ajar anak supaya anak jadi bertanggungjawab. admin pun nak kongsikan juga kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan fb semua.
tips paling mudah. ajar anak untuk buat kerja. ajar anak untuk menjaga adik-adiknya.
percayalah... sesiapa sahaja yang melihat watak adik lelaki ini pasti terpukau. serius tak macam budak-budak zaman sekarang. lain. yang admin paling terpukau. tanpa di temani atau di suruh emaknya, adik lelaki ni berjalan ke Masjid untuk sembahyang jumaat.
terima kasih kak sue dengan tips akak tu.
hehehe...panjang pulak admin bercerita. sekali sekala kita berkongsi tips . tak salahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan